Umrah Ziarah Taif Nov-Dis 2018 - Pakej Biasa

Available on:Monday, November 26, 2018,Saturday, December 1, 2018,Wednesday, December 5, 2018,Saturday, December 8, 2018,Wednesday, December 12, 2018,Saturday, December 15, 2018,Wednesday, December 19, 2018

Penginapan

Ciri-ciri

  • Dapat Merasai Suasana Umrah Musim Sejuk
  • Berpeluang Berziarah Ke Kota Taif
  • Penerbangan Terus Dengan Pesawat Saudi Airlines Yang Selesa
  • Dalam Musim Cuti Sekolah
  • Hotel bertaraf 3*/4* yang Berdekatan

Termasuk Perkhidmatan

  • Muslimah Mutawif in Raudah Medinah
  • Cukai Perbandaran
  • Hotel penginapan
  • Insurans Umrah
  • Ketua dan Mutawif
  • Makanan (BOARD PENUH)
  • Pengangkutan
  • Tiket penerbangan dan cukai
  • Visa Umrah (Pertama Kali)
  • Ziarah Mekah , Madinah & Taif
  • 5% VAT

Penerbangan

  • Kuala Lumpur to Madinah on Saudia
  • Jeddah to Kuala Lumpur on Saudia

Cenderahati

(Bukan untuk kanak-kanak & bayi yang ditempah tanpa katil)

Harga Tidak Termasuk

  • Servis bilik
  • Bayaran Visa untuk Repeaters (masuk kedua) *
  • Jika anda mengembara secara individu selain tiket kumpulan, anda akan menanggung caj pengangkutan tambahan mengikut jadual anda. 
  • Tiada bayaran balik jika berlaku perkhidmatan yang tidak digunakan atau tempoh penginapan yang lebih rendah
  • Bagasi tambahan selain daripada yang disebutkan di atas tiket akan dibayar oleh jemaah
  • Pengendali pelancongan tidak bertanggungjawab terhadap bagasi yang hilang

Jadual Perjalanan

HARI 01 KUALA LUMPUR-MADINAH

Jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas 3 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustaz sepanjang perjalanan umrah. Setibanya di Lapangan Terbang Madinah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan berlepas dengan menaiki bas ke Kota Madinah Al Munawarah. Tiba di Madinah jemaah terus dibawa check in di hotel yang disediakan.

HARI 02 MADINAH (B/L/D)

 Jemaah dibawa berziarah (ziarah dalam) di Masjid Nabawi antaranya Makam Rasullullah serta Khalifah Abu Bakar dan Saydina Umar , Raudhah dan Medan Perkuburan Baqi. Untuk jemaah muslimat, ustazah tempatan akan mengelola dan mengetuai lawatan dalaman. Selesai ziarah jemaah bebas dengan acara masing – masing

HARI 03 MADINAH (B/L/D)

Dengan diiringi oleh mutawwif jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) disekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat dan Medan Perang Kandak dan berbelanja di Pasar Tamar. Selesai ziarah jemaah bebas dengan acara sendiri

HARI 04 MADINAH-MEKAH (B/L/D)

FAcara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri

HARI 05 MEKAH (B/L/D)

Jemaah akan berangkat ke Mekah dengan menaiki bas . Jemaah dinasihati memakai ihram dan berwuduk dari bilik hotel . Kemudian jemaah akan dibawa bermiqat ditempat miqat yang dinamakan Bir Ali. Selesai bermiqat , terus bertolak ke Mekah . Jemaah dinasihati untuk memperbanyakkan membaca Talbiah sepanjang perjalanan . Sampai di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel. Selepas itu jemaah akan diberitahu oleh Mutawwif untuk menyempurnakan ibadah umrah

HARI 06 MEKAH (B/L/D)

Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri

HARI 07 MEKAH (B/L/D)

Jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Mekah seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan akhirnya berpeluang untuk berniat umrah di Jaaranah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah

HARI 08 MEKAH (B/L/D)

Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri

HARI 09 MEKAH (B/L/D)

Lawatan ke Pasar Ka’qiah untuk membeli buah-buahan segar dan Muzium Al-Haramain (tertakluk di atas kebenaran pihak berkuasa Saudi) di mana jemaah berpeluang untuk berniat umrah di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah.

HARI 10 MEKAH – TAIF – MEKAH (B/L/D)

Selepas solat Subuh dan sarapan, jemaah bersiap sedia di lobby dan terus bertolak ke Taif , sebuah pekan yang mana Baginda SAW pernah di baling batu ketika berdakwah . Perjalanan ke Taif akan mangambil masa kira-kira 2 1/2jam . Tiba di Taif melihat pemandangan di Hada / Menziarahi Masjid Abdullah Ibn Al Abbas / Kilang Air Mawar / Muzium Kebangsaan Taif / Empangan Air Hada / Gunung As-Shafa dan Pasar buah-buahan.
Makan tengahari di restoran tempatan , Habal Restaurant.
Petang para jemaah akan dibawa untuk mengambil miqat umrah di Qarnul Manazil dan seterusnya balik semula ke hotel di Mekah.

HARI 11 MEKAH-JEDDAH (B/L)

Jemaah akan melakukan Tawaf Wadaq (Tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur

HARI 12 KUALA LUMPUR

Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah.
 
Penafian: Kami mempunyai hak untuk mengubah urutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Semua penerbangan, jadual penerbangan dan hotel adalah sementara dan akan tertakluk kepada pengesahan akhir kami. Semua maklumat adalah tepat pada masa cetakan. Dengan membeli lawatan ini, anda akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat Umum kami, Terma & Syarat Umrah dan Terma & Syarat Lawatan, mengikut mana yang berkenaan.

Tempahan dalam talian boleh didapati

Pengaturan Penginapan

Pakej ini membenarkan pilihan bilik. Maksudnya,anda boleh menempah katil di bilik berkongsi. Ini boleh mengurangkan kos anda kerana anda hanya akan membayar sebahagian dari bilik. Sebagai contoh, jika anda berpergian bersendirian, dan ingin berkongsi bilik berdu, pilih 1 dalam menu bilik berdu. Beritahu kami berapa banyak kumpulan anda akan menduduki jenis bilik di bawah:

Jenis bilik Dewasa Kanak-kanak Bayi
Quad Room  (4 people per room)
RM6,890 / seorang
Triple Room  (3 people per room)
RM7,290 / seorang
Double Room  (2 people per room)
RM7,590 / seorang

Bila hendak pergi?

Pilih tarikh perjalanan:

Adakah anda ingin membeli insurans perjalanan untuk perjalanan anda?