Pakej Umrah Ekonomi 2017 – Dari RM5,590

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahuwataala dengan izinnya dapat kami sempurnakan perjalanan Umrah Musim Sejuk Desember 2016 dengan lancarnya untuk semua kumpulan umrah yang kami kendalikan. Kini kami merancang untuk pakej-pakej menarik sepanjang tahun 2017 pula dengan mengambil kira dari pemerhatian dan pengamatan serta komen-komen menbina dari para jemaah untuk memperbaiki serta meningkat lagi mutu perkhidmatan kami sejajar dengan perkembangan situasi semasa di Tanah Haram dan prestasi ekonomi semasa yang kurang memberangsangkan. Ditambah dengan tekanan pertukaran matawang yang agak lemah berbanding Saudi Rial rata-rata mengeluh dengan kos mengerjakan umrah dan harga barangan yang melambung di Tanah Suci menjadikan para jemaah lebih berhati-hati untuk memilih pakej umrah yang lebih kompetatif. Untuk mengelakkan para bakal jemaah tertipu lagi dengan penawaran pakej umrah yang murah dan tidak masuk akal harganya, pihak Syaza telah mengadakan perbincangan dengan pihak Muassasah bagaimana untuk mengurangkan harga tanpa mengurangkan mutu perkhidmatan.
 
Perbincangan demi perbincangan telah dilakukan sehingga kami dapat rumuskan bahawa pemilihan hotel yang baik dengan perkhidmatan sokongan bas yang kerap adalah menjadi pilihan utama dalam merangka satu pakej yang murah dan selesa. Rupa-rupanya kita agak ketinggalan dalam mengubah cara orang kita melihat kedudukan hotel menjadi kerateria utama dalam pemilihan suatu pakej umrah berbanding dengan para jemaah dari negara lain yang telah lama mempraktikkan kaedah yang sama.
 
Jadi pakej yang kami buat dengan menggunakan hotel yang lebih besar dan selesa yang berjarak kira-kira 1.6 km dengan perkhidmatan 2 buah bas 24 jam secara percuma telah dipilih. Bas yang bermula dari halaman hotel sehingga ke kawasan berdekatan Masjidil Haram iaitu bertentangan dengan Hotel Ajyad Makarim menjadikan perjalanan lebih selesa tanpa perlu berasak-asak dengan lautan manusia seperti biasanya. Kita boleh menjadualkan perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram bila-bila masa juga setiap waktu solat. Kita boleh berjimat dengan pakej serendah RM5,590 dengan mendapat hotel yang selesa serta perjalanan yang lancar dan selesa tanpa penat berjalan. Ianya juga amat sesuai untuk warga tua atau jemaah yang mempunyai masalah kesehatan yang membataskan perrgerakan terutamanya perjalanan berjarak yang jauh. Kita perlu berubah kepada cara yang lebih baik dalam cakupan kemampuan kita.
 
Lihat lebih dekat hotel pilihan kami ini yang dikendalikan oleh Mawaddah International Co. [Hotel Naseem Mawaddah]
 
Sila lihat Pakej-pakej Ekonomi 2017 [Pakej Ekonomi 2017]
Tarikh Keberangkatan:
  • 18/02/2017 - 28/02/2017
  • 04/03/2017 - 14/03/2017
  • 08/04/2017 - 18/04/2017
Harga: Ber4: RM5,590, Ber3: RM5,990, Ber2: RM6,290
 
img
 

Hijri Date: 04 جمادى الأولى, 1439

more tools..

Umrah Packages

Newsletter Subscription

Stay up to date with our early bird discounts, limited time promotions and special offers. Register here to receive our newsletter.

 
Powered by Net3000.ca Copy Rights Reserved © Syaza Travel & Tours Sdn. Bhd.(Co. No. 767327-A, KPL/LN 4960) 2018 :: Privacy Policy